Bahaya mengambil herba, suplemen, produk kesihatan secara berlebihan atau berpanjangan.
Artikel pendek ini ditulis akibat semakin ramai orang berminat dengan rawatan alternatif dan herba yang mengalami simtom kesan sampingan overdosnya.
- Ada orang makan herba, suplemen lebih daripada dos yang disyorkan kononnya nak cepat baik.
- Ada orang makan herba, suplemen, produk kesihatan setiap hari berbulan-bulan. Konon untuk jaga kesihatan dan elak daripada penyakit or boost imun or boost tenaga fizikal/mental. Tiba-tiba badan rasa lemah, kepala rasa hoyong/dizzy, tak bermaya, hilang selera makan, gastrik, banyak angin dalam perut, pucat, senak dalam dada, sesak nafas.
- Banyak orang tak menyedari bahawa herba, suplemen, produk kesihatan atau juicing buah/sayuran yang diamalkan setiap hari itu puncanya. Maka berterusanlah diambilnya produk herba kesihatan tersebut. Sehingga boleh membawa kesan sampingan dan kemudaratan pada tubuh. Bila diperiksa oleh Dr, maka didapati kesan overdos suplemen atau amalan pemakanan diet khusus yang tak seimbang.
- Cuma kebanyakan orang walaupun mengambil produk herba kesihatan, juicing, diet tertentu tidaklah sampai keterlaluan sehingga setiap hari mengambilnya selama berbulan atau bertahun. Ada beberapa hari yang tak diambil dalam seminggu.
- Mengambil herba, juicing buah/sayuran, produk kesihatan dan diet khusus perlu ada pengetahuan tentang dos serta frekuensi pengambilan yang sesuai dengan tubuh kita serta corak pemakanan kita.
- Jika orang tua, orang sakit kronik, orang tekanan rendah dan kanak2 serta orang yang kurang ‘makan’, maka lebih sensitif dengan produk kesihatan sebegini. Jadi dos, kekerapan pengambilan serta tempoh ‘rehat’ harus diberi perhatian untuk mengelakkan kesan sampingan overdos atau kesan sinergistik beberapa herba atau suplemen yang diambil secara gabungan.
- Perkara yang nak ditekankan disini adalah keseimbangan dalam pemakanan bagi orang sihat, orang sakit, orang bersalin bak kata sesiapa saja untuk optimumkan fungsi organ2 bersama pengambilan herba atau produk kesihatan atau diet tertentu.
- Kalau makanan herba, produk kesihatan tanpa ada keseimbangan daripada kalori dan zat dalam makanan badan boleh jadi senget tak seimbang. Makan apa pun akan menjadikan badan tak seimbang jika ambil setiap hari dalam kuantiti yang berlebihan dan jadi overdos. Ditambah dengan corak pemakanan yang tak seimbang dan rendah kalori. Maka lagi cepat dan teruk kesan adverse berlaku.
Antara simtom overdos pengambilan herba, juicing buah/sayuran, produk kesihatan yang tak diseimbangkan dengan pengambilan makanan dan kalori adalah seperti berikut:
1. Lemah.
2. Hypoglycemia.
3. Tekanan darah rendah.
4. Dizzy.
5. Badan rasa melayang.
6. Dada rasa menyesak.
7. Sesak nafas.
8. Imun tubuh reverse yakni menjadi semakin rendah dan senang dijangkiti.
9. Denyut jantung yang kuat akibat kesan adverse akut. Peringkat awal biasanya.
10. Denyut nadi jadi halus dan perlahan. Bila kronik.
11. Selera makan jadi hilang dan meloya atau muntah angin. Ini simtom yang biasa jika overdos sebarang jenis herba, jus buah + sayuran.
12. Angin boleh masuk balik badan kalau berlebihan herba atau sayur dan buah tanpa kalori dan mineral yang seimbang. Mula2 angin dapat dirawat dengan herba dan produk kesihatan berkenaan. Tapi bila ambik overdose berpanjangan maka tubuh dan darah jadi imbalance dari segi kepekatan elektrolit dalam sel dan luar sel, plasma darah yang akan mempengaruhi aktiviti metabolisma dalam sel dan dna.
Sebab setiap bahan makanan dan herba dan buah dan sayur ada kelebihan serta kekurangan nutrien tertentu. Jadi bila overdose sesuatu bahan maka ia akan ditunjukkan via simtom pada tubuh. Mula2 perubahan fisilogi. Lama2 boleh jadi penyakit atau merosakkan organ2 jika tak diperbetulkan.
Contoh Simtom Overdos
1. Lebih makan buah terutama buah berair dan sayuran hijau maka boleh berlaku berlebihan potassium dalam sel. Maka simtom sel akan menjadi segah/bengkak akibat air memasuki sel. Mengganggu aktiviti metabolisma sel. Maka organ2 boleh bengkak seperti jantung. Jadi lemah dan sensitif sejuk dan sesak nafas. Mengganggu fungsi otot jantung. Boleh jadi kejang otot.
2. Jika overdos ambil garam maka berlebihan sodium di luar sel. Maka simtom sel kekeringan akan boleh berlaku.
3. Jika overdose kunyit dan herba lain yang bersifat astringent seperti manjakani dan bidara, maka darah akan menjadi pekat akibat pengeringan plasma darah. Ini boleh ganggu fungsi jantung dan ginjal dan hati. Kesan overdos herba astringent ini sama sepert kalau overdos garam atau sodium klorida.
4. Berlebihan makan benda masam seperti cuka buah, yoghurt dan lemon dan limau dan buah masam, badan jadi sejuk dan lembab. Sebab benda masam tinggi potassium. Jadi simtom seperti overdos buah dan sayuran #2 diatas.
5. Overdos herba bersifat panas dan kering pula menimbulkan simtom panas berlebihan pada tubuh pun mengganggu fisiologi tubuh dan organ2. Contoh akar kayu dan herba tertentu. Madu juga tak boleh ambil berlebihan atau diambil secara tak seimbang dengan makanan lain.
6. Jika overdos herba pahit seperti tunjuk langit, hempedu bumi, seruntun, boleh menurunkan tekanan darah, gula darah dan denyut jantung dengan mendadak dibawah paras normal individu.
7. Jika overdos herba bersifat hypotensive (menurunkan tekanan darah) yang kuat seperti daun durian belanda, daun bidara, misai kucing, hempedu bumi, dokong anak boleh menurunkan tekanan darah dan denyut jantung @ bradychardia (degupan jantung perlahan) secara extreme yang boleh memudaratkan seperti dizzy, lemah, dada rasa tak selesa dan sesak nafas.
8. Jika ambil terlalu banyak suplemen yang tinggi antioksidan bersama ‘juicing buah/sayuran’ untuk detox tubuh secara extreme juga boleh menimbulkan kesan sampingan imbalance dalam sel yang boleh ganggu aktiviti dan metabolisma sel. Boleh berlaku down regulate or upregulate ekspresi genetik yang tak normal dalam sel. Antioksidan yang terlampau banyak dalam badan boleh menjadi kesan toksik juga. Ia boleh bertindak sebagai radikal bebas pula.
9. Pil vitamin yang diambil secara berlebihan juga tak bagus untuk badan. Vitamin larut lemak sepert A, D, E, K yang overdos boleh berkumpul dalam hati dan menjdi toksik.
Begitu juga dengan vitamin larut air seperti B komplex, C dan minerals yang overdos boleh bagi kesan adverse yang lain pula kepada tubuh.
Ini yang Doktor prihatin terhadap lambakan produk herba kesihatan dan suplemen di pasaran. Jika tak diguna or diambil dengan betul maka boleh mengundang kesan sampingan pula.
Cara nak mengelak kejadian overdos herba, produk kesihatan, diet khusus esp rendah kalori adalah dgn..
1. Ambil dos yang disyorkan semasa rawatan. Selepas sembuh kurangkan dos dan frekuensi pengambilan.
2. Sebagai health maintenance, jangan ambil setiap hari. Ambil 1-3x seminggu sudah memadai dengan dos minima.
3. Tingkatkan dos bila perlu sahaja. Bila dapat atasi masalah kesihatan yang dialami kurangkan dos dan frekuensi ikut mingguan i.e 1-3x smingu.
4. Jika herba kuat yang bersifat terapeutik yang tinggi henti pengambilan jika sudah sembuh penyakit. Maintain dengan diet seimbang dan pelbagai. Herba yang bersifat terapeutik ringan boleh diamalkan seminggu 2-3x seperti kurma merah, jintan hitam, halba, moringga, kunyit, halia.
5. Juicing campuran buah dan sayuran sebagai amalan detox yang kuat untuk tubuh boleh dibuat 1- 4 minggu sekali bergantung kepada tubuh individu.
6. Pastikan mengambil pelbagai jenis kumpulan makanan karbohidrat, lemak dan protein yang sihat bersama buah dan sayuran untuk membekalkan semua nutrien dan tenaga diperlukan tubuh dalam kadar yang berpatutan.
7. Bagi setengah orang lebih cenderung kena hypoglycemia (paras gula dalam darah rendah) kena ambil gula alami atau madu yang manis atau buah yang manis yang tinggi gula seperti kurma, nangka, mangga, tembikai, rambutan esp sebelum makan berat setiap hari untuk memberi tenaga segera dan kekuatan kepada sistem penghadaman berfungsi dengan berkesan. Pencernaan makanan perlukan tenaga yang tinggi. Perlu pecahkan hidangan kepada 4-5 hidangan sehari untuk elak hypoglycemia.
8. Ambil makanan bernutrisi tinggi daripada makanan wholefoods dari kumpulan lemak tepu sihat seperti santan kelapa, butter/ghee susu alami, susu alami, karbohidrat komplex, karbohidrat ringkas seperti gula perang, protein, sayur dan buah. Ikut piramid makanan Kementerian Kesihatan dalam menetapkan kadar amaun setiap jenis kumpulan makanan yang diambil i.e karbohidrat, lemak, protein dan sebagainya.
9. Bagi pesakit, orang tua, kanak2 berumur 1-6 tahun, pertimbangkan pemberian herba atau makanan bersifat terapeutik ringan atau sederhana seperti VCO, EVOO, red palm oil, Madu, kurma merah, barli, selasih, manna. Hidangan makanan berzat dan berkalori yang mudah dihadam perlu diamalkan bersama seperti sup ayam kampung, lamb, puyuh, ikan, untuk elak kesan senget tak seimbang. Jika perlu herba kuat beri dos yang minima bersama makanan yang manis seperti gula perang, madu, kurma.
9. Jika berlaku simtom overdos herba seperti diterangkan diatas, berhenti serta-merta herba atau suplemen tersebut seminggu.
Segera ambil butter alami sepert Anchor 1 sudu teh + madu manis seperti Wescobee dikacau sebati dan dimakan terus seperti coklat 1-3x sehari sehingga simtom overdos seperti lemah dan dizzy hilang.
Juga boleh ambil garam bukit pink secubit + gula perang dalam secawan air dan diminum untuk seimbangkan elektrolit dalam darah. Beri makan sup ayam kampung atau lamb atau telor kampung masak separuh.

