Nafas memainkan peranan besar dalam kesihatan, tapi sayangnya, ia jarang diberi perhatian dalam perubatan Barat. Padahal, nafas bukan sekadar proses fizikal—ia juga punya kaitan rapat dengan kesejahteraan rohani dan tenaga dalam badan.
Hubungan Nafas dengan Kesihatan
- Sumber tenaga Ilahi – Nafas bukan sekadar udara biasa, tapi juga mengandungi unsur cahaya (nur) dan tenaga hidup dari Allah.
- Nafas adalah anugerah Allah – Melalui nafas, sifat-sifat ketuhanan mengalir dari hati ke seluruh badan, fikiran, dan roh.
- Penyeimbang tubuh – Nafas membantu menstabilkan fungsi badan dan menjadikan tubuh lebih harmoni.
- Pembawa kehidupan – Ia membawa unsur-unsur penting (seperti oksigen dan tenaga kosmik) ke dalam badan untuk fungsi fizikal.
Allah berfirman:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ . فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
Ilmu Nafas dalam Pelbagai Tradisi
Ilmu pernafasan bukan perkara baru. Ia diamalkan dalam:
- Yoga, Tai Chi & Qi Gong – Menggunakan nafas untuk kawal tenaga dalaman (chi/prana).
- Sufi Islam & Ilmu Melayu Lama – Orang tua-tua dulu mahir teknik pernafasan untuk tingkatkan “tenaga dalam” atau qudrah (tenaga kosmik).
Masalah Gaya Hidup Kita
Gaya hidup pantas dan stres menyebabkan ramai bernafas secara cetek dan cepat. Kajian mendapati ini mengurangkan penyerapan chi (tenaga kosmik) dan meningkatkan risiko penyakit seperti:
- Darah tinggi
- Sakit jantung
- Kanser
Kajian Sains Barat Membuktikan Kebaikan Nafas Dalam
Penyelidikan di Barat mengesahkan bahawa nafas perlahan dan dalam boleh:
✔ Turunkan tekanan darah
✔ Kurangkan stres
✔ Lancarkan aliran darah
Sumber: Natural News – Kesan Bernafas Dalam
Jadi, jangan pandang remeh pada nafas! Mulalah amalkan pernafasan dalam untuk hidup lebih sihat dan seimbang.
Ada dua jenis pernafasan:
- Pernafasan dada– (chest breathing)
- Pernafasan perut– (abdominal breathing).
Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut?
Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian perut mengembang bila anda menarik nafas. Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’.
Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan rutin, sebenarnya anda boleh mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut.
Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat meningkatkan tenaga dalam atau chi kita.
Latihan Pernafasan
1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks.
2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan kiraan 1,2,3,4. Tahan nafas di perut.
3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4
4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4 perlahan-lahan.
Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup!

Kebaikan Latihan Pernafasan Dalam
Ambil nafas dalam-dalam. Lalu sekali lagi, beberapa kali. Yang bestnya, semua orang boleh buat latihan ini! Walaupun bernafas adalah perkara biasa, kalau kita tak buat dengan betul, ia boleh sebabkan masalah seperti degupan jantung laju, kurang oksigen dalam darah, dan rasa pening. Sebab itu, bernafas dengan betul dan penuh sedar sangatlah penting.
Apa Itu Pernafasan Diafragma (Pernafasan Perut)?
Pernafasan perut ialah bila kita tarik nafas dalam-dalam sehingga oksigen penuh dari dada ke perut. Cara ini boleh bantu kesihatan fizikal dan mental, seperti:
- Kurangkan stress
- Tambah keyakinan diri
- Bantu aliran darah lancar
- Buang toksin dalam badan
Apa Manfaat Bernafas Dalam?
Cukup lakukan 10 minit sehari!
1. Buang Toksin
Bila kita bernafas dalam, badan guna cara ini untuk keluarkan racun seperti karbon dioksida dan toksin dari udara, makanan, atau bakteria. Jadi, badan lebih bersih!
2. Kurangkan Stress
Pernafasan pendek sering dikaitkan dengan stress dan rasa gelisah. Kalau selalu bernafas dalam, badan dapat lebih banyak oksigen, bantu tenangkan degupan jantung dan kurangkan ketegangan.
3. Tambah Tenaga
Teknik pernafasan betul bantu lebih banyak oksigen masuk ke paru-paru dan darah. Ini tingkatkan metabolisme, beri lebih tenaga, dan segarkan organ badan.
4. Pencernaan Lebih Baik
Lebih banyak oksigen = lebih banyak darah mengalir ke organ pencernaan. Ini bantu sistem pencernaan bekerja lebih lancar dan selera makan bertambah.
5. Kawal Berat Badan
- Kalau nak tambah berat, pernafasan dalam bantu bekalkan lebih banyak oksigen ke sel badan, bantu tubuh lebih kuat.
- Kalau nak kurang berat, pernafasan dalam bantu bakar lemak dengan bekalkan oksigen untuk proses pecahkan lemak jadi tenaga.
6. Mood Lebih Baik
Bernafas dalam-dalam boleh tingkatkan hormon bahagia (seperti dopamin) dalam otak, buat kita rasa lebih tenang dan gembira.
7. Jantung Lebih Sihat
Bila kita bernafas dalam, degupan jantung akan jadi lebih stabil. Paru-paru jadi kuat, dan beban pada jantung berkurang.
Cuba Sekarang!
Hanya 10 minit sehari, boleh bawa banyak manfaat untuk kesihatan. Tak percaya? Cubalah!

