Muqaddimah
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan seluruh umat yang mengikuti sunnah Baginda sehingga ke hari kiamat.
Amalan berbekam atau dalam istilah perubatan moden dikenali sebagai cupping therapy merupakan salah satu amalan perubatan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia bukanlah sekadar warisan budaya perubatan tradisional semata-mata, bahkan ia adalah perubatan Nabi (ath-thibb an-nabawi) yang memiliki dalil-dalil jelas daripada al-Quran dan al-Hadith. Kepentingan bekam tidak hanya tertumpu kepada aspek kesihatan fizikal, malah ia turut dikaitkan dengan keberkatan, peningkatan daya ingatan, dan sebagai salah satu bentuk penjagaan diri yang disyariatkan.
Dalam sebuah hadis yang masyhur, Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam…” (Riwayat al-Bazzar). Malah, Baginda SAW juga pernah berbekam di bahagian kepalanya ketika baginda dalam keadaan berihram kerana sakit. Ini menunjukkan bahawa bekam adalah satu terapi yang mendapat tempat istimewa dalam syariat Islam, selagi mana ia dilakukan mengikut tatacara yang benar dan pada waktu-waktu yang dianjurkan.
Artikel yang ditulis di laman rawatanbekam.com ini cuba menghimpunkan 12 buah hadis sahih dan hasan daripada pelbagai kitab rujukan utama seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, dan lain-lain. Setiap hadis yang dibentangkan hadis ini memberikan petunjuk terperinci tentang:
- Keutamaan bekam berbanding kaedah rawatan lain.
- Waktu-waktu terbaik untuk berbekam (seperti hari 17, 19, 21 bulan Hijrah).
- Larangan atau waktu makruh berbekam (seperti hari Rabu) berdasarkan dalil.
- Titik-titik bekam yang dianjurkan (seperti bahagian jauzatil qamahduwa atau belakang kepala, bahagian urat merih, dan antara dua bahu).
- Khasiat tambahan seperti menajamkan hafalan, meringankan tulang rusuk, dan mencegah darah tinggi.
Oleh yang demikian, artikel ini bukan sahaja sesuai dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui status hadis-hadis berkaitan bekam, tetapi juga amat berguna kepada para pengamal rawatan bekam, pelajar perubatan Islam, serta orang awam yang ingin mengamalkan sunnah dengan berpandukan nas yang sahih.
Semoga dengan memahami dan mengamalkan bekam sebagai sebahagian daripada tuntutan sunnah, kita semua memperoleh kesejahteraan jasmani dan rohani di dunia serta ganjaran pahala di akhirat. Selamat membaca dan mengambil manfaat.
Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:
1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri”. (Bukhari, Muslim dan Ahmad)
*al-qushtul bahri – Costus Root (cendana laut)
2. Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz”. (Kasyful Astaar ‘an Zawaaa-idil Bazaar)
3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan.”(Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami’ dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)
4. Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu”. (Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazzar)
5. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran”. (Imam Ahmad)
6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنِ احْتَجَمَ لِسَبْعَ عَشْرَةَ، وَتِسْعَ عَشْرَةَ، وَإِحْدَى وَعِشْرِينَ، كَانَ شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍِ
“Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit”. (Sunan Abi Dawud)
7. Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
“Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu”. ( Sunan Abi Dawud dan Jaami’ul Ushul)
8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu’aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah (belakang kepala), kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit”
9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
“Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21”.(Riwayat at-Tirmizi)
10. Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:
“Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu”. (Shahih Sunan Ibni Majah)
11. Dari Anas r.a., dia bercerita:
“Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya”. (al-Hakim).
12. Dari Ibnu ‘Abbas r.a., dia bercerita: “Nabi Allah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan.” (Sunan Ibnu Majah)
#bekam shah alam #bekam #rawatan bekam #bekam near me #harga bekam #terapi bekam

